Usahawan tidak mengenal usia. Tak payah lah kita bercerita tentang usahawan atau jutawan jutawan yang mempunyai berpuluh puluh syarikat dan ber billion billion dalam bank.

Pernah dengar cerita tentang Lokman aka Batista?

Lokman ni masih amat muda, seorang anak yatim dan baru berusia 20 tahun masa dia mula mula menjadi penjual tegar Gambir Emas.

Menjual Secara COD

Berbekalkan telefon bimbit dan aplikasi wechat, Lokman mula menjual secara COD kepada pelanggan pelanggan sekitar Seremban 5 – 10 unit sehari dengan menaiki motor Kawasaki 150 cc beliau.

Lepas satu satu rekod penjualan di pecah kan beliau hingga pernah satu masa beliau memecahkan rekod sebanyak 32 parcel sehari.

Hasil dari jualan tersebutlah yang digunakan bagi menyara diri dan keluarga beliau.

OAR Teguh melihat potensi beliau lalu mengambil beliau sebagai pekerja tetap di OAR Teguh sehingga ke hari ini.

Sekarang Lokman mampu memiliki sebuah motor besar dan sebuah Perodua Axia pada awal tahun 2017 baru baru ini dari hasil titik peluh beliau sendiri.

Bagaimana Nak Jadi Macam Lokman atau usahawan ?

Dah baca kisah Lokman ni rasa nak jadi usahawan juga kan?

Sebenarnya tak susah apatah lagi menjual produk seperti Gambir Emas yang mendapat sokongan dari ibu pejabat dengan iklan di media sosial dan billboard sepanjang jalan dari Johor sampai ke Perlis.

Mulakan dengan dropship

Sistem dropship amat mudah dan senang. Tidak perlu simpan stok dan tak perlu keluar modal.

Jual je dekat kawan kawan samada online atau offline. Bila diorang bayar, order kan untuk kawan kawan secara online atau secara terus dari stokis atau ibu pejabat.

Simpan keuntungan dalam poket sendiri.

Barang akan terus di hantar ke alamat pelanggan dalam masa 1-7 hari (standard).

Jangan malu atau segan menelefon ibu pejabat untuk mendapatkan maklumat maklumat terkini.

Pilih Barang Hot

Jangan susah susah memulakan perniagaan dengan barang susah jual. Mulakan dengan barang barang hot seperti Gambir Emas dan gandakan keuntungan dengan cepat.

Semakin cepat produk di jual, semakin banyak keuntungan boleh diperolehi dan semakin cepat anda boleh upgrade dari dropship kepada agen dan manatahu suatu hari nanti anda akan menjadi stokis besar pula.

Pemilihan barang jualan amat penting bagi memastikan duit anda berganda dengan cepat.

Pilih Barang Yang Mempunyai Ketahanan (Shelf Life) yang Lama dan Kurang Saingan

Barang yang anda pilih haruslah mempunyai ketahanan (shelf life) yang lama. Makin lama makin bagus.

Contohnya kalau jual roti, seminggu dah expired. Sempat ke nak jual dalam masa seminggu? Pastikan pelaburan anda terjamin.

Barang yang anda hendak jual juga tidak mempunyai banyak saingan dari jenama jenama lain.

Contohnya seperti barangan kecantikan yang mempunyai banyak saingan sekarang.

Pilih Barang Yang Mempunyai Rekod Harga Di Kawal Ketat Oleh Ibu Pejabat

Pastikan barang yang anda pilih dikawal ketat oleh ibu pejabat atau anda akan mempunyai masalah penetapan harga jual nanti.

Dalam kata pendek nya, ramai ejen yang main harga menyebabkan produk yang anda jual semakin hari semakin murah.

Perang harga ni bukan sekarang je, sejak dari dulu lagi. Anda kena bijak mengatur strategi dari mula lagi.

Penutup

Menjadi seorang usahawan memerlukan semangat dan keinginan yang tinggi.

Walaubagaimanapun strategi dan produk yang betul amat penting untuk memastikan hasil penat lelah anda terjamin.

Sifat jangan bertangguh untuk memulakan langkah pertama untuk menjadi usahawan juga amat penting. Jangan biarkan peluang berlalu begitu sahaja.

Jadilah antara yang terawal mendapatkan artikel artikel terbaru dari kami setiap minggu dengan melanggan Newsletter kami;

Shares