Tips agar cepat hamil dari Ann Douglas penulis buku “The Mother of All Pregnancy Books” yang terjual lebih dari 200,000 di Kanada sahaja.

Saya tertarik dengan soalan dari pembaca yang ingin mendapatkan tips tentang bagaimana mendapat anak atau mengandung dengan cepat.

Jika anda juga ingin mendapat anak atau mengandung dengan cepat, terdapat beberapa tips menarik dari Ann Douglas, pengarang buku The Mother of All Pregnancy Books.

Tips tips beliau amat menarik dan akan meningkatkan peluang untuk mendapatkan bayi dengan cepat dan sihat.

Tips Agar Cepat Hamil

Buku beliau amat panjang namun saya akan mengambil tip tip yang saya rasakan sesuai.

Antara nya ialah ;

1. Berjimak sekerap yang boleh di masa anda subur, jika anda boleh melakukan sex sekurang kurangnya sekali setiap 48 jam, anda dapat memastikan semen dari air mani menunggu di fallopian tube setiap masa. Ia juga dapat menyelesaikan masalah kurang atau low sperm count pada pihak lelaki.

2. Bergembira apabila melakukan bersetubuh. Ubah tempat seperti di bilik lain, ruang tamu atau di atas meja makan. Ini tidak akan menjadikan anda merasa bosan kerana kerap melakukan sex.

3. Jangan tergesa gesa ke bilik air untuk mencuci selepas berjimak, baring beberapa minit selepas berjimak akan meningkatkan peluang sperm pasangan anda berjumpa dengan telur anda.

4. Mulakan mengambil folic acid sekarang. Folic acid dapat mengurangkan risiko ‘neural tube defect’ pada bayi anda, ambil paling kurang 0.4mg setiap hari 2 atau 3 bulan sebelum anda bercadang untuk mengandung.

5. Jika anda suka minum kopi, tukarkan dengan kopi ‘decaf’, kefein dikatakan mengurangkan perjalanan darah ke ‘uterus’.

6. Mulakan penggunaan ‘ovulation calendar’ untuk mengetahui tarikh anda subur. Catatkan tarikh anda datang haid dan cycle haid. (Sila gunakan ovulation calendar dibawah)

7. Jadikan vagina anda ‘sperm freindly’ . Berhenti dari menggunakan tuala wanita yang wangi (scented tampon), pencuci vagina, pelincir, minyak dan glycerin yang dapat membuang lendir ‘cervical mucus’ yang menjadi pengangkut sperma.

8. Jika pasangan anda banyak berbasikal, kurangkan melakukan aktiviti tersebut kerana persentuhan tempat duduk boleh mengakibatkan kerosakan arteri.

9. Jangan berdiet, diet, diet akan menyebabkan ‘yoyo effect’ kepada kesuburan anda.

Jadilah antara yang terawal mendapatkan tips tips kesihatan lelaki dari kami setiap minggu dengan melanggan Newsletter kami di bawah.

Shares